Wednesday 12 December 2012

WUDUKLAH DENGAN SEMPURNA



CARA-CARA BERWUDUK

• Membaca : بسم الله الرحمن الرحيم
• Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan, tiga kali
• Berkumur tiga kali
• Memasukkan air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya, diulangi tiga kali.
• Menyebut lafaz niat wuduk, seperti:
نويت الوضوء لله تعالى
• Membasuh muka tiga kali. Basuhan pertama disertakan dengan niat. Niatnya ialah: “Sahaja aku berwuduk kerana Allah Taala”.
• Membasuh tangan kanan hingga ke siku, tiga kali. Kemudian membasuh tangan kiri hingga ke siku, tiga kali.
• Menyapu sebahagian kepala dengan air, tiga kali.
• Menyapu kedua-dua telinga dengan air, tiga kali.
• Membasuh kaki kanan hingga ke buku lali, tiga kali. Kemudian membasuh kaki kiri hingga ke buku lali, tiga kali.
• Berdoa sambil mengangkat tangan, mendongakkan muka sedikit menghadap kiblat.

No comments:

Post a Comment