Wednesday, 5 December 2012

RENUNGAN HUJUNG MINGGU



Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

TETAPI,

Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

FIKIR-FIKIRLAH...

Bagai pusingan roda... sampai masanya kita pula akan menjadi ibu atau bapa... dan anak-anak kita akan melakukan apa yang pernah kita lakukan terhadap ibu dan bapa kita... dan kita akan bersabar dengan karenah mereka sebagaimana ibubapa kita pernah lakukan kepada kita... dan begitulah seterusnya...

Sayangilah ibubapa kita...InsyaAllah kita akan disayangi oleh anak-anak kita pula..!


sumber : Datuk Maznah Hamid.

8 comments:

  1. Blok yang cantik dan menarik. Saya suka, tahniah cikgu!!Teruskan usaha..

    ReplyDelete
  2. terima kasih.. sila beri tunjuk ajar..

    ReplyDelete
  3. blog yang sangat cantik dan menarik..tahniah k.tie..teruskan usaha..

    ReplyDelete
  4. Tahniah, blog yang menarik... tetapi hati tersentuh kat RUANGAN HUJUNG MINGGU. Lantas terfikir " Aku jangan jadi macam tu..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. Ya la saya pun terfikir cmtu juga..

      Delete
  5. Tahniah...blog ini menarik dan berinformasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, sama-sama kita berkongsi ilmu.. sila tunjuk ajar saya juga.. kita bukan sempurna maka kita perlu belajar selagi hidup..

      Delete