Wednesday, 30 January 2013


KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD OLEH SAIDINA UMAR AL-KHATTAB.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan ALLAH sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah:
✔ Jauh daripada segala penyakitb. Lahir kesan takwa pada wajahnya.
✔ Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia.
✔ Percakapannya mengandungi hikmat.
✔ Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:
✔ Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri.
✔ Dipermudahkan hisab.
✔ Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat.
✔ Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

TAHAJJUD @ Rahsia Perkahwinan

Sunday, 27 January 2013