Friday 23 November 2012

NOTA

ASMAUL HUSNA (AS SALAM)السلام

1- Pengertian AS SALAM ialah – ALLAH MAHA SEJAHTERA.
Iaitu aman, sentosa dan makmur.
2- Agama Islam juga merupakan agama yang sejahtera.
3- AS SALAM merupakan salah satu daripada 99 nama Allah yang baik (ASMAUL HUSNA).
4- Maksud hadis Rasululullah s.a.w:-
“ Sesungguhnya bagi Allah itu 99 nama, iaitu seratus kurang satu,
sesiapa yang mempelajarinya maka masuklah ia ke syurga”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)
5- Ciri-ciri AS SALAM ialah :-
• KEAMANAN : Allah memberi keamanan kepada seluruh alam, baik yang nyata atau tersembunyi.
• KESENTOSAAN : Suasana yang memberi rasa ketenteraman kepada manusia dengan nikmat kasih saying.
• KEMAKMURAN : Dicapai apabila hidup bersatu padu, harmoni, bantu membantu, saling hoirmat menghormati dan berkasih saying.
6- Cara memupuk ciri-ciri AS SALAM dalam diri ialah:-
• berpegang teguh dengan agama islam.
• Taat kepada pemerintah.
• Menghormati hak orang lain.
• Bertoleransi.
• Belas kasihan sesama makhluk.
• Hidup berkasih sayang.
7- AS SALAM dapat memberi faedah kepada makhluk seperti :-
• hidup dalam keamanan.
• Negara bertambah maju.
• Jauh daripada kejahatan dan kacau bilau.
• Sentiasa dalam kemakmuran dan kesejahteraan.

8- Cara-cara mendapat kesejahteraan daripada Allah melalui AS SALAM :-
 Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.
 Bersyukur dengan setiap pemberian Allah.
 Redha dengan qada’ dan qadar Allah.

9- Mengapa manusia perlu perlindungan Allah.
 Untuk mendapat keamanan di dunia.
 Mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
 Untuk hidup bersatu padu dan makmur.



Monday 19 November 2012

Let's Pray For GAZA





Bismillahirrahmanirrahim....


[ Untuk Palestin Yang Kehilangan Anak Kecil Mereka ]


Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya dia bercerita:


"Tidaklah dua orang Muslim (ayah ibu) ditinggal mati oleh tiga anaknya yang belum baligh, melainkan Allah ta'ala akan memasukkan keduanya dan anak-anak mereka ke dalam Syurga dengan kurnia dan rahmat-Nya."

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melanjutkan: "Kemudian dikatakan kepada mereka (anak-anak yang meninggal itu) : 'Masuklah kalian ke dalam Syurga!'" Beliau melanjutkan lagi: "Anak-anak itu pun menjawab: Hingga orang tua kami datang (yakni kami akan menunggu agar dapat masuk bersama mereka).'" Beliau mengatakan hingga tiga kali, bahawa anak-anak itu mensyaratkan demikian.

Lantas, dikatakan kepada mereka: 'Masuklah kalian ke dalam Syurga bersama dengan orang tua kalian.'"

[Musnad Imam Ahmad (II/510) dan al-Albani rahimahullah menshahihkan hadith ini dalam Shahiihul Jaami' (V/183, no.5656)]